fbpx

MIC Johor harap dapat bertanding 4 kerusi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
S. Deva (kiri) mengagihkan barangan segar kepada salah seorang penunggang motosikal di Taman Cendana, Pasir Gudang, Johor Bahru, hari ini. - Foto oleh RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – MIC Johor berharap terus diberikan peluang untuk bertanding di empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang mereka tandingi dalam Pilihan Raya Umum ke14 (PRU14) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor nanti.

Ketua Penerangan MIC Johor, S. Deva berkata, empat kerusi tersebut melibatkan kawasan DUN Tenggaroh, Kahang, Gambir dan Skudai.

Beliau berkata, pada PRU-14 yang lalu, MIC Johor memenangi kerusi DUN Tenggaroh dan Kahang manakala kerusi DUN Gambir dan Skudai menyaksikan parti komponen itu tewas.

“Kita sudah suarakan hasrat tersebut kepada pucuk pimpinan parti dalam satu mesyuarat MIC di Kuala Lumpur pada malam tadi untuk dipertimbangkan.

“Selain empat kerusi tersebut, kita juga harap kerusi DUN Permas turut diberikan kepada MIC pada PRN kali ini. Ini kerana kerusi Permas merupakan kerusi tradisi MIC sebelum ini.

“MIC tidak pernah kalah di DUN Permas pada PRU sebelum ini. Semua ini kita ajukan kepada pucuk pimpinan dan mereka akan bincang dengan kepimpinan teringgi Barisan Nasional (BN) nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas program Drive Thru Agihan Barang Segar di hadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Cendana, Taman Cendana, Pasir Gudang di sini hari ini.

Pada PRU14, MIC menang di kerusi DUN Tenggaroh dan Kahang masing-masing dengan majoriti 5,765 dan 2,861 undi manakala di DUN Gambir dan DUN Skudai tewas masing-masing dengan majoriti 3,088 dan 35,126 undi.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI