fbpx

Malaysia sokong teguh usaha pelucutan senjata nuklear sejagat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Kerajaan menegaskan pendirian akan terus menyokong teguh Triti Mengenai Pengharaman Senjata Nuklear (TPNW) yang kini genap setahun dikuatkuasakan.

Wisma Putra dalam satu kenyataan berkata, kerajaan percaya triti sejagat tersebut akan mengukuhkan lagi norma bahawa ancaman senjata nuklear tidak boleh diterima sama sekali oleh masyarakat antarabangsa.

“Justeru Malaysia mengulangi penegasan sekali lagi segala komitmen tidak berbelah bahagi ke atas usaha pelucutan senjata nuklear sejagat,” kata kenyataan itu hari ini.

Mengulas lanjut, Wisma Putra berkata, Malaysia akan terus bekerjasama secara erat dengan negara sahabat yang lain untuk merealisasikan matlamat dunia bebas ancaman senjata itu.

“Triti ini penting diterima pakai semua negara dengan segera sebagai manifestasi komitmen secara umum dan lengkap serta penghapusan menyeluruh,” katanya.

Sehubungan itu, bersempena ulang tahun pertama penguatkuasaan TPNW, Malaysia akan terus menggalakkan negara yang belum memeterainya agar mempercepatkan proses berkenaan.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI