fbpx

Lagi kluster institusi pendidikan di Kedah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SMK Kulim

SUNGAI PETANI – Satu lagi kluster baharu membabitkan institusi pendidikan dilaporkan hari ini iaitu Kluster Dah Sungai Balak di daerah Kulim dekat sini.

Pengarah Kesihatan Negeri Kedah, Dr. Othman Warijo berkata, kluster tersebut melibatkan pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kulim.

Beliau berkata, seramai 37 pelajar sekolah berkenaan disahkan positif Covid-19 hari ini.

“Ini menjadikan jumlah keseluruhan kluster pendidikan di negeri ini sebanyak 10 kluster berbanding sembilan kluster pada Khamis lalu.

“Selain itu terdapat 19 lagi kes positif dikesan daripada kluster pendidikan yang sedia ada,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI