PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir bagi lapan negeri pagi ini dan di jangka berterusan sehingga pukul 11 pagi nanti.
MetMalaysia menerusi satu kenyataan di laman Facebooknya berkata, ribut petir, hujan lebat serta angin kencang sedang melanda kawasan Manjung, Bagan Datuk, Hilir Perak dan Muallim di Perak.
Selain itu, keadaan yang sama berlaku di keseluruhan kawasan di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya serta Labuan pagi ini.
“Di Negeri Sembilan, hujan lebat serta ribut petir sedang tertumpu di kawasan Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah dan Rembau serta pendalaman negeri Sabah.
“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam,” katanya di sini hari ini.
Sementara itu, amaran cuaca buruk ini merupakan amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – K! ONLINE