PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir bagi Negeri Sembilan dan Sabah pada malam ini.
MetMalaysia dalam satu kenyataan di Facebook berkata, di Negeri Sembilan, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku bagi kawasan Seremban.
Selain itu, bagi negeri Sabah, keadaan yang sama lebih tertumpu di Pedalaman (Tenom dan Beaufort) dan Pantai Barat (Penampang).
Sementara itu, cuaca buruk ini dijangka berterusan sehingga pukul 9 malam nanti.
Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
Dalam pada itu, berdasarkan carta gema radar, MetMalaysia turut meramalkan cuaca baik bagi negeri-negeri lain di Semenanjung pada malam ini. – K! ONLINE