fbpx

Hasni tiba Istana Bukit Serene tepat 4.40 petang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kenderaan rasmi yang membawa Hasni Mohamad memasuki pekarangan Istana Bukit Serene, Johor Bahru tepat pukul 4.40 petang bagi mengadap Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar. - Foto oleh RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Menteri Besar, Datuk Ir. Hasni Mohammad tiba di Istana Bukit Serene, di sini untuk menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Beliau yang menaiki kenderaan jenis Audi berwarna hitam dan bernombor pendaftaran JRA 1 itu memasuki istana pada pukul 4.40 petang.

Kunjungan Hasni ke istana berkenaan bagi menyerahkan dokumen pemasyhuran pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor.

Beliau kemudiannya akan kembali ke pejabat UMNO Johor untuk mengadakan sidang akhbar berhubung perkara itu yang dijadualkan berlangsung pada pukul 6 petang.

Terdahulu, Hasni mengesahkan pihaknya telah mendapat persetujuan daripada Badan Perhubungan UMNO Negeri untuk mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI