fbpx

Gajah kembar lahir di Kenya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ibu gajah tersebut melahirkan pasangan anak gajah kembar jantan dan betina. - Save the Elephants

NAIROBI, KENYA – Seekor gajah yang mendiami sebuah hutan rizab negara di Kenya melahirkan sepasang anak gajah kembar dalam apa yang disifatkan sebagai kejadian amat jarang berlaku, lapor Badan Penyiaran Britain (BBC) semalam.

Anak gajah kembar jantan dan betina itu dilaporkan dilihat oleh pemandu pelancong di kawasan hutan Rizab Negara Samburu pada hujung minggu lalu. Ia merupakan pasangan kembar gajah kedua yang pernah dikesan oleh pertubuhan bantuan gajah, Save the Elephants.

Menurut pertubuhan kebajikan pemuliharaan itu, gajah kembar hanya merangkumi satu peratus daripada kelahiran gajah secara keseluruhan, dengan kes terakhir yang direkodkan adalah pada 2006.

Pengasas pertubuhan tersebut, Dr. Iain Douglas-Hamilton berkata, kini merupakan tempoh waktu kritikal bagi kedua-dua anak gajah tersebut kerana pasangan kembar sebelum ini yang lahir pada 15 tahun lalu tidak mampu bertahan untuk hidup lama.

“Ini kerana kebiasaannya, ibu gajah tidak mempunyai susu yang mencukupi untuk diberikan kepada kedua-dua ekor anak gajah tersebut,” katanya.

Gajah dari Afrika mempunyai tempoh kehamilan paling lama antara semua spesies mamalia, di mana ia boleh bunting selama hampir 22 bulan dan melahirkan anak kira-kira setiap empat tahun. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI