fbpx

Ebit Lew bantu ‘kakak rider’ bawa anak OKU

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ebit Lew sedang menunjuk pakaian untuk dipilih oleh Azimah buat anaknya.

PETALING JAYA – Selepas tular kisah seorang wanita dikenali sebagai Azimah yang membawa anak kecilnya di bahagian depan sambil menunggang motosikal demi mencari rezeki sebagai seorang penghantar makanan, akhirnya tuah menyebelahinya apabila pendakwah bebas, Ebit Lew tampil memberi bantuan.

Menerusi perkongsian di laman Facebook milik Ebit Lew, dia memaklumkan telah berjumpa sendiri dengan wanita itu dan turut membantu menyediakan sebuah rumah dan menanggung segala bayaran sewaan serta membelikan barangan keperluan pada wanita dan anaknya itu.

Beliau turut tersentuh dengan kekuatan Azimah yang dilihat sangat cekal menempuh ujian buat dirinya.

“Menangis je kakak ni. Kuat dan tabah mencari rezeki buat diri dan anaknya yang merupakan orang kurang upaya (OKU) dengan mengalami cacat penglihatan.

“Pergi kemana-mana ambil pesanan dan hantar dengan anak kecilnya. Katanya dah lama ingin minta jumpa saya ingin minta nasihat dan doa,” tulisnya dalam satu hantaran hari ini.

Tambah Ebit Lew, wanita tersebut memaklumkan bahawa dirinya pernah memohon untuk tinggal di rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR), tetapi masih belum mempunyai rezeki.

“Kakak ini mohon rumah PPR belum rezeki katanya dan motor pun masih berhutang.

“Syukur pada Allah, kami dapat carikan rumah buat akak ini dan tak perlu bayar kerana kami akan bayarkan serta belikan baju raya dan belikan barang keperluan rumah peti ais, mesin basuh dan periuk nasi serta dapat hadiahkan almari dan tilam,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI