PARIS – Sekumpulan penyelidik dari Universiti Lille di Perancis berjaya memecahkan rekod dunia apabila mencipta bulatan buih sabun paling lama bertahan iaitu selama 465 hari, lapor akhbar Daily Mail semalam.
Tempoh ini adalah 200,000 kali lebih lama daripada buih sabun biasa yang biasanya bertahan selama beberapa minit sahaja.
Faktor kejayaan pasukan ini terletak pada bahan yang digunakan untuk mencipta gelembung buih khas dikenali sebagai gas marmar.
Gas itu mempunyai struktur cengkerang berlapis dengan manik plastik di permukaan yang menjadikannya kukuh.
Kajian itu dijalankan oleh ahli fizik, Aymeric Roux dan rakan-rakannya di Universiti Lille.
“Gelembung sabun secara umumnya bersifat rapuh dan tidak kekal.
‘Bergantung pada komposisi dan persekitarannya, gelembung pecah boleh disebabkan oleh daya graviti dan/atau penyejatan cecair dan/atau kehadiran nukleus,” tulis kajian tersebut.
Kumpulan penyelidik itu berjaya mereka bentuk buih yang diperbuat daripada komposit yang mampu meneutralkan semua faktor luaran sekali gus mengekalkan pembentukannya selama lebih setahun. – Agensi