fbpx

Bantuan RM1,000 untuk keluarga terjejas kebakaran di Pulau Burung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kon Yeow (kanan) ketika meninjau situasi kebakaran tapak pelupusan sampah Pulau Burung di Nibong Tebal hari ini. - Foto oleh IQBAL HAMDAN

SEBERANG PERAI – Kerajaan negeri memperuntukkan sehingga RM90,000 untuk diagihkan kepada 90 keluarga yang terjejas di dua buah penempatan berhampiran tapak pelupusan Pulau Burung, Nibong Tebal di sini selepas mereka diarahkan untuk berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) sejak lebih seminggu lalu.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, bantuan bencana sebanyak RM1,000 untuk setiap keluarga itu diharap dapat meringankan beban mereka dalam urusan seharian ketika ini.

Ketika ini juga katanya, kesemua keluarga tersebut iaitu 38 dari Ladang Byram dan 52 lagi dari Kampung Kebun Baru masih ditempatkan di PPS walaupun tahap pencemaran udara di kawasan sekitar tapak pelupusan itu dilaporkan bertambah baik.

“Pada masa yang sama, hanya sebuah sekolah yang masih belum boleh dibuka setakat ini iaitu Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Byram kerana sekolah itu terletak paling hampir dengan kawasan tapak pelupusan berkenaan.

“Baki sembilan buah sekolah lagi bagaimanapun boleh kembali beroperasi seperti biasa mulai Isnin ini selepas semuanya ditutup selama tiga hari (Rabu hingga semalam),” katanya pada sidang akhbar di Pusat Media Jabatan Penerangan, Dewan Serbaguna Jawi di Nibong Tebal hari ini.

Dalam pada itu, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Hafiz Hafizal Timaradin memberitahu, kira-kira 58 peratus atau 2.4 hektar daripada keseluruhan 11.3 hektar kawasan yang terbakar masih belum berjaya dipadamkan setakat ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI