fbpx

Asrama, pejabat Maahad Tahfiz Assyatirie terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bangunan menempatkan asrama dan pejabat Maahad Tahfiz Assyatirie terbakar petang tadi.

YAN – Bangunan asrama dan pejabat pentadbiran Maahad Tahfiz Assyatirie di Kampung Dulang Besar di sini terbakar pada petang tadi.

Dalam kejadian pukul 6.30 petang itu, kira-kira 13 pelajar dan beberapa kakitangan pusat pengajian itu terselamat kerana berada di luar bangunan tersebut kerana terlibat aktiviti lain.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Yan, Penolong Penguasa Bomba Fauzi Shuaib berkata, kebakaran melibatkan sebuah bangunan yang menempatkan surau di tingkat bawah dan asrama pelajar di tingkat atas.

“Setibanya di lokasi, kebakaran didapati melibatkan sebuah bangunan kelas B dua tingkat dengan peratusan kemusnahan hampir 80 peratus.

“Tindakan pemadaman menggunakan satu aliran dua pancutan air dari tangki jentera dan satu pancutan dari sumber air terbuka serta dibantu Pasukan Bomba Sukarela berdekatan,” katanya di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI