fbpx

Amaran ribut petir di Sabah dan Sarawak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di beberapa kawasan di Sabah dan Sarawak pada petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi satu kenyataan di Facebook berkata, bagi negeri Sabah, antara kawasan yang terlibat adalah sekitar Pendalaman (Kuala Penyu, Beaufort dan Keningau) serta Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu dan Tuaran).

“Di Sarawak, amaran cuaca buruk ini melibatkan kawasan Sarikei (Sarikei dan Meradong), Sibu (Sibu dan Selangau), Kapit, Bintulu serta Limbang.

“Keadaan ini dijangka berterusan sehingga pukul 7 petang nanti,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, MetMalaysia turut mengeluarkan ramalan cuaca signifikan bagi tempoh seminggu bermula esok.

Menurut Ketua Pengarahnya, Muhammad Helmi Abdullah berkata, berdasarkan analisis model MET Malaysia Weather Research and Forecasting Model (MET-WRF), European Centre for Medium-Range Weather Forecasts (ECMWF) dan Global Forecast System (GFS), pembentukan sistem tekanan rendah di barat Pasifik dijangka bergerak ke arah barat laut merentasi selatan Filipina ke Perairan Palawan dalam tempoh 24 hingga 27 Januari 2022.

“Keadaan ini boleh menyebabkan peningkatan kelembapan yang berpotensi membawa hujan berterusan di kawasan pantai timur dan utara Sabah.

“Pada masa sama, cuaca panas dan kurang hujan dijangka berlaku di Semenanjung Malaysia, khususnya negeri-negeri utara,” ujarnya

Oleh itu, orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web dan media sosial rasmi MetMalaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI