fbpx

Zii Jia tahu yang terbaik – Axelsen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZII JIA bakal menjalani latihan bersama dua pemain iaitu Jaguh No.1 dunia, Viktor Axelsen serta Anders Antonsen yang berada di ranking ketiga dunia.

JAGUH No.1 dunia dari Denmark, Viktor Axelsen menjadi antara bintang dunia yang pertama tampil menyatakan sokongan kepada Lee Zii Jia untuk meneruskan kariernya secara profesional.

Pemenang pingat emas Sukan Olimpik 2020 itu percaya Zii Jia mampu meneruskan kariernya dengan lebih baik untuk menghadirkan kejayaan buat dirinya dan juga peminat badminton di Malaysia.

“Ini bukan urusan saya tetapi saya tetap mahu kongsikan pendapat. Jika seseorang pemain (dalam kes babitkan Zii Jia) me­rasakan ini adalah yang terbaik buatnya untuk membawa haluan lain sebagai pemain bebas, jadi ini jugalah yang harus dia lakukan.

“Saya sudah beberapa kali menentang Zii Jia, saya pasti Zii Jia akan terus buat apa saja yang termampu untuk menghadirkan keputusan terbaik bagi membuatkan seluruh rakyat Malaysia serta penyokongnya berasa bangga.

“Ketika ini hanya dia yang tahu apa yang terbaik dan saya tidak sabar untuk menentang Zii Jia selepas ini. Selamat maju jaya,” katanya Axelsen menerusi IG Story miliknya semalam.

Kosmo! semalam melaporkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengesahkan bahawa Zii Jia sudah menghantar surat untuk keluar daripada badan induk sukan badminton negara itu.

Sebelum ini, difahamkan ada pihak sedia untuk memberikan tajaan bernilai RM4 juta kepada Zii Jia bagi membiayai perjalanan karier profesionalnya selepas keluar daripada BAM.

Presiden BAM, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata, pihaknya cuba memujuk Zii Jia, namun pemain itu kekal dengan kemahuannya untuk keluar daripada badan induk tersebut.

Bagaimanapun, Mohamad Norza turut menafikan yang juara Seluruh England (All England) itu berdepan isu dalaman dengan pihak BAM memandangkan Chong Wei sebelum ini setia bersama badan induk sukan ­badminton negara tersebut selama 19 tahun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI