fbpx

Saintis ramal jangka hayat manusia menerusi imbasan retina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JANGKA hayat manusia kini boleh diketahui menerusi imbasan retina pada mata. - Getty

SYDNEY – Sekumpulan penyelidik di Australia telah mencipta program berteknologi kepintaran buatan (AI) baharu bertujuan untuk meramalkan jangka hayat manusia dengan hanya mengimbas retina pada mata mereka, lapor laman berita Wion News kelmarin.

Penyelidikan itu diterbitkan menerusi Journal of Ophthalmology Britain kelmarin.

Saintis-saintis mendakwa bahawa retina pada mata manusia berfungsi sebagai ‘jendela’ yang membenarkan mereka melihat dengan lebih mendalam tentang keadaan kesihatan seseorang.

Kumpulan  penyelidik dari Pusat Penyelidikan Mata Melbourne mendakwa bahawa algoritma AI boleh meramalkan usia retina dengan tepat. Mereka menganalisis hampir 19,000 imbasan fundus iaitu kawasan belakang mata dimana terletaknya retina. 

“Retina menjadi ‘jendela’ yang unik dan boleh diakses untuk menilai punca serta kesan sesuatu penyakit yang berkaitan dengan saluran darah dan saraf yang dikaitkan dengan peningkatan risiko kematian,’’ tulis pengarang kajian, Dr. Mingguang He yang merupakan profesor epidemiologi oftalmik di Universiti Melbourne dan Pusat Penyelidikan Mata di Australia.

Sebanyak 130,000 sampel penyelidikan diambil daripada lebih 500,000 responden  berusia antara 40 tahun hingga 69 tahun yang menyertai kajian jangka panjang tajaan  kerajaan Britain itu, UK BioBank.

Kajian sama turut mendapati berlakunya peningkatan risiko punca kematian sebanyak 2 peratus pada setiap satu tahun perbezaan usia sebenar dengan usia yang dikenal pasti menerusi retina mata. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI