fbpx

Polis Perak sedia beri kerjasama siasat dakwaan rasuah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mior Faridalathrash Wahid

PADANG RENGAS – Polis Perak terbuka kepada siasatan berkaitan seorang Ketua Polis Daerah (KPD) di negeri ini yang dikatakan menerima rasuah bagi melindungi aktiviti judi haram seperti dakwaan yang tular di media sosial.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, pihaknya sedia memberi kerjasama kepada Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) untuk menyiasat dakwaan berkenaan bagi mengesahkan ia benar atau sebaliknya.

Katanya, dakwaan itu telah beberapa kali tular di media sosial dan dilihat sebagai provokasi terhadap tindakan tegas KPD terbabit dalam membanteras kegiatan jenayah di daerahnya.

“Kita tahu tindakan yang dilakukan KPD itu berkesan di mana beliau telah bertungkus-lumus membanteras kegiatan judi haram tanpa sebarang kompromi. Isu-isu jenayah, maksiat, perjudian dan gangsterisme telah di tanganinya dengan baik.

“Mungkin ada pihak yang tidak berpuas hati dengan tindakan tegas beliau. Bagaimana pun, saya terbuka pada siasatan,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas menghadiri program High Profile Policing (HPP) Solat Jumaat Polis Perak bersama penduduk Kampung Lubuk Merbau di Masjid Jamek Al-Marbawi di sini hari ini. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI