fbpx

MR D.I.Y. prihatin nasib komuniti terjejas banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sukarelawan MR D.I.Y. membantu kerja-kerja pembersihan pasca banjir di Hulu Langat.

PETALING JAYA – Bencana banjir besar yang melanda Lembah Klang, baru-baru ini mendorong peruncit pembaikan rumah terbesar di Malaysia, MR D.I.Y. Group (M) Berhad (MR D.I.Y.) menggerakkan unit tanggungjawab sosial korporat (CSR)nya, MR D.I.Y. Cares untuk tampil membantu.

Pasukan tersebut, yang melaksanakan purata 44 aktiviti CSR dan projek jangkauan komuniti setiap tahun telah mengumpulkan kit ujian kendiri Covid-19, peralatan perlindungan, sarung tangan, but getah, beg sampah, produk pembersihan rumah dan bantuan makanan untuk diagihkan kepada penduduk terjejas di Shah Alam, Klang, Hulu Langat dan Puncak Alam serta di Pahang.

Program bantuan dilaksanakan dengan kerjasama beberapa rakan kongsi termasuk Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Gladius Mobile Aid dan Team x4 untuk memastikan ia sampai kepada golongan yang paling memerlukan.

Kira-kira 60 orang sukarelawan MR D.I.Y. Cares juga digerakkan ke Hulu Langat untuk membantu kakitangan MR D.I.Y. sendiri yang terjejas akibat banjir melaksanakan kerja-kerja pembersihan dan keperluan lain.

Inisiatif bantuan MR D.I.Y. Cares turut diperluaskan pasukan sukarelawan mereka untuk mangsa banjir di Jelebu, Mentakab dan Sungai Lui, Kajang.

Sukarelawan MR D.I.Y. bergambar bersama kit ujian kendiri yang disumbangkan kepada MITI untuk diagihkan kepada golongan memerlukan.

Jurucakap MR D.I.Y. berkata, sebagai perniagaan tempatan, pihaknya ingin menyokong mangsa banjir menghadapi tempoh mencabar ini dan membawakan sedikit kelegaan kepada kehidupan mereka.

“Penghargaan dan terima kasih kami ucapkan kepada pelbagai organisasi yang membantu memastikan sumbangan barangan keperluan ini sampai kepada mangsa yang paling memerlukan.

“Kami berharap mereka yang terjejas akan terus kekal kuat, bermotivasi dan selamat,” katanya dalam satu kenyataan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI