fbpx

Lelaki terkilan ibu kandung tidak betulkan kesilapan bayi tertukar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DARI kiri, Sandy Dawkins dan anak kandungnya, Gavin Clinton-Parker serta Megs Clinton-Parker dengan anak kandungnya, Robin Lotter. – Press Reader

CAPE TOWN – Seorang lelaki yang tertukar ibu ketika dilahirkan di Afrika Selatan mengaku terkilan kerana ibu kandungnya tidak menerimanya kembali, menyebabkan dia membesar dalam keadaan miskin, lapor akhbar Mirror UK kelmarin.     

Robin dan Gavin secara tidak sengaja diberikan kepada ibu yang salah oleh seorang jururawat di Hospital Nigel, bandar Johannesburg. Mereka adalah satu-satunya bayi yang lahir hari itu pada Februari 1989.

Robin dibesarkan oleh seorang ibu tunggal yang miskin di pinggir bandar Johannesburg, manakala Gavin dibesarkan oleh ibu yang kaya, Megs Clinton Parker di bandar Pietermaritzburg. 

Kesilapan itu tidak diketahui sehingga dua tahun kemudian apabila status bapa Gavin dipertikaikan yang membawa kepada ujian asid deoksiribonukleik (DNA). Keputusan ujian mendapati Megs bukanlah ibu kepada Gavin.  

Rekod hospital mengesahkan bahawa Robin adalah anak kandung kepada Megs yang dibesarkan oleh Sandy. 

Ketika proses pertukaran, Megs dan Sandy memilih untuk mengekalkan bayi yang mereka besarkan sejak lahir. 

Kedua-dua wanita tersebut menganggap mereka sebagai adik-beradik selepas pertukaran tersebut diketahui pada 1991. 

Bagaimanapun, Robin sentiasa berharap bahawa ibunya akan menukarnya kembali. Dia mengaku sukar untuk menerima keadaan dan merindui ibunya, Megs ketika bercakap melalui panggilan telefon pada setiap hari.

Robin yang hidup miskin memberitahu bahawa dia iri hati dengan Gavin kerana hidup dengan senang. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI