fbpx

Kahwin, bukan dalam tempoh sebulan dua ini – Wany Hasrita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WANY HASRITA

PETALING JAYA – Penyanyi Wany Hasrita menegaskan tidak tahu-menahu mengenai dakwaan kad undangan perkahwinannya sudah edarkan atau majlis pernikahannya bakal berlangsung dalam waktu terdekat.

Kata Wany atau nama sebenarnya, Nurshazwany Hasrita Hasbullah, perkara baik seperti perkahwinan tidak mungkin disembunyikan dan andai benar waktu sudah tiba, dirinya sendiri akan berkongsi kepada teman media.

“Mana keluar cerita pasal kad kahwin? Patutlah sejak minggu lepas menerusi laman sosial ramai yang memberi ucapan tahniah sedangkan saya tak tahu kenapa.

“Kalau betul berita tersebut saya akan beritahu semua. Mungkin orang salah faham apabila saya banyak muat naik hantaran Instagram yang disertakan kapsyen berbaur cinta. Sebenarnya saya kongsi apa yang saya suka.

“Jadi macam mana boleh timbul kisah mendirikan rumahtangga ini? Semua orang pun nak ke arah itu (berkeluarga), cuma untuk saya, bukan dalam tempoh sebulan dua ini. Sebelum puasa atau selepas hari raya juga bukan.

“Saya minta doakan yang baik-baik saja. Macam orang lain, saya pun mahu kahwin, tengok nanti jodoh saya bila tiba,” katanya ketika ditemui Kosmo! Online pada majlis pelancaran produk kecantikan baharu milik rakan seperjuangan, Janna Nick, baru-baru ini.

Sejak dua tahun lalu, hati penyanyi Menahan Rindu dikatakan sudah dimiliki seorang juruterbang yang tidak didedahkan identitinya malah Wany cukup berahsia mengenai hal tersebut.

Gosip sama juga pernah bertebaran sekitar November tahun lalu tetapi pelantun lagu Menahan Rindu itu tetap menafikannya.

Luah Wany lagi, buat masa ini tumpuannya lebih terarah kepada kerjaya termasuk promosi lagu, kerja rakaman selain mengendalikan program televisyen untuk siaran Ramadan.

“Banyak projek baharu tahun ini termasuk duet dengan Wani Syaz dengan lagu berjudul Sang Purnama dan bakal disusuli kolaborasi sekali lagi bersama Datuk Jamal Abdullah.

“Alhamdulillah, jadual kerja pun agak padat awal tahun ini sebab saya turut diamanahkan menggalas tugas sebagai pengacara untuk program Borak Dulu Baru Buka,” tambah Wany lagi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI