fbpx

Jungkook BTS ‘Raja Sold Out’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JUNGKOOK

ANGGOTA paling muda BTS, Jungkook sekali lagi dipilih sebagai tukang pelaris, sekali gus mengukuhkan pengaruhnya dalam industri seni.

Memetik laporan Allkpop, Jungkook atau nama sebenarnya Jeon-Jungkook dikenali dengan gelaran ‘Raja Brand’ atau ‘Raja Sold Out’ kerana mampu melariskan apa sahaja jenama bisnes kecilan.

Penyanyi berusia 25 tahun itu menunjukkan impak apabila memakai pakaian jenama Children of The Discordance dalam video BTS sehingga jenama itu laku keras dan habis terjual.

Susulan itu, syarikat jenama pakaian tersebut membuat hantaran dalam InstaStory mengucapkan terima kasih kepada Jungkook.

Ini bukan kali pertama Jungkook menaikkan pelbagai lagi jenama lain dengan cara menggunakan sendiri barangan tersebut ikhlas tanpa bayaran tambahan.

Antara jenama yang pernah menjadi tular disebabkan Jungkook, termasuklah, Teazen dan Kundal sehingga mengangkat produk berkenaan menjadi jenama pilihan tahunan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI