fbpx

Imuniti semula jadi lebih berkesan cegah Delta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG wanita menerima suntikan vaksin Covid-19 Moderna di Tokyo. - AFP

WASHINGTON – Rakyat Amerika Syarikat (AS) yang terselamat selepas dijangkiti Covid-19 adalah lebih terlindung daripada daripada varian Delta berbanding penduduk sudah divaksin atau mereka yang belum pernah terkena jangkitan sebelum ini, demikian menurut satu kajian baharu kelmarin.

Penulis-penulis kajian berkenaan bagaimanapun memberi amaran supaya tidak bergantung kepada strategi jangkitan untuk mendapatkan imuniti kelompok secara semula jadi. Kaedah tersebut, kata mereka, akan mendorong kepada lebih banyak kemasukan ke hospital dan menyebabkan komplikasi kesihatan jangka panjang serta kematian dalam kalangan penduduk tidak divaksin berbanding mereka yang sudah mendapat pelalian Covid-19.

“Virus sentiasa berubah termasuk virus yang menyebabkan penyakit Covid-19. Tahap perlindungan yang ditawarkan oleh vaksinasi dan imuniti semula jadi  juga berubah semasa kajian ini dilakukan.

“Bagaimanapun, vaksinasi kekal sebagai strategi terbaik untuk melindungi orang ramai daripada Covid-19,” kata Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) dalam satu kenyataan.

Kajian itu juga dilakukan sebelum varian Omicron muncul. Varian baharu itu menyebabkan vaksinasi dan imuniti semula jadi sebelum ini sudah tidak berkesan.

Kajian sama melibatkan pesakit di New York dan California antara 30 Mei hingga 30 November 2021.

Kajian lain termasuk dari Israel turut mendapati bahawa imuniti semula jadi adalah lebih berkesan dalam mencegah jangkitan Delta berbanding vaksinasi semasa gelombang varian itu melanda dunia. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI