fbpx

Bekas penguat kuasa direman kes penyata akaun bank

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SUNGAI PETANI – Seorang bekas pembantu penguat kuasa sebuah agensi kerajaan direman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes mengemukakan penyata akaun bank syarikat yang mengandungi butiran palsu beberapa tahun lalu.

Menurut sumber, perintah reman itu dikeluarkan Majistret Mohamad Farid Lateef selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat permohonan berkenaan di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pagi tadi.

Sumber berkata, suspek ditahan kira-kira pukul 10.30 pagi semalam di Pejabat SPRM, Kuala Lumpur ketika hadir memberi keterangan.

Katanya, suspek dipercayai menerima rasuah setiap bulan sebagai dorongan untuk memainkan peranan bagi meluluskan tender kontrak sebuah syarikat di Kedah.

“SPRM sedang mendapatkan dokumen berkaitan selain merakam pernyataan beberapa saksi dan tidak menolak kemungkinan akan ada lagi tangkapan pada masa terdekat,” katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kedah, Datuk Shaharom Nizam Abd Manap ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009.

Pada 11 Januari lalu, seramai 21 individu ditahan SPRM manakala seorang lagi ditahan reman pada 16 Januari lalu bagi membantu siasatan kes yang sama. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI