fbpx

Apabila stiker harga RM1 jadi masalah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RFID/ Gambar hiasan

Tahniah kepada Indonesia. Negara dengan populasi 273 juta penduduk itu mencipta sejarah tersendiri apabila mewujudkan sebuah wilayah baharu dikenali Nusantara.

Terletak di Kalimantan Timur berhampiran Sabah dan Sarawak, Nusantara secara sah telah diumumkan sebagai ibu negara baharu bagi Indonesia menggantikan kota Jakarta sebagai pusat pentadbiran negara republik itu.

Langkah memindahkan ibu negara itu dianggap perlu bagi menyelamatkan Jakarta yang kini berdepan kesesakan teruk selain risiko tenggelam.

Hakikatnya, mewujudkan sebuah wilayah baharu untuk dijadikan ibu negara bukanlah satu kerja mudah, apatah lagi memindahkan lokasi pentadbiran negara ke sebuah kawasan yang tidak popular dan sangat terpencil.

Namun, itulah yang dilakukan Indonesia dibawah pentadbiran Presidennya, Joko Widodo atau lebih popular dengan panggilan Jokowi.

Perubahan yang agak mustahil itu sebenarnya boleh dilakukan dan lebih penting lagi, ia telah diterima baik oleh majoriti rakyat Indonesia.

Malaysia juga pernah melakukan perkara sama. Pada tahun 1995, kerajaan yang ketika itu dibawa pentadbiran Tun Dr. Mahathir Mohamad telah memindahkan pusat pemerintahan negara dari Kuala Lumpur ke Putrajaya.

Bagaimanapun, tidak seperti Indonesia, Malaysia masih mengekalkan Kuala Lumpur sebagai ibu negara, manakala Putrajaya dijadikan Wilayah Persekutuan.

Bermula detik itu, pembangunan dan sistem pentadbiran negara berjalan lancar dan dianggap antara yang paling sistematik di rantau ini.

Cumanya, tidak semua perubahan atau pembaharuan yang dibuat kerajaan dapat diterima oleh rakyat secara keseluruhannya. Ada sahaja keluhan, kritikan dan bantahan yang kedengaran.

Terbaharu, isu pembayaran transaksi tol menggunakan teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) bagi menggantikan penggunaan kad Touch ‘n Go dan SmartTAG secara berperingkat telah mencetuskan gelombang kemarahan ramai pengguna jalan raya.

Pelbagai hal dibangkitkan, bermula dari isu kesesakan, sistem pengesanan yang tidak lancar sehinggalah kepada isu pelekat atau stiker yang didakwa kurang berkualiti dan tidak setimpal dengan harga yang ditawarkan.

Malah, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendakwa, kos pasif pelekat yang digunakan itu adalah RM1, berbanding RM35 yang dijual di pasaran ketika ini.

Sebagai rakyat, hak untuk mengkritik apa juga perubahan atau pembaharuan yang dibuat kerajaan adalah perlu, sekurang-kurangnya dapat memberi imput untuk pelaksanaan yang lebih baik.

Lagipun, perubahan yang dilakukan itu walaupun masih di peringkat awal tetap dianggap terlalu drastik, pada ketika rakyat masih mencari jalan untuk bangkit daripada ujian Covid-19 dan musibah banjir.

Ketika ini, mungkin sahaja ramai yang memasang impian agar suatu hari nanti, rakyat dapat menikmati lebuh raya di Malaysia tanpa perlu membayar tol.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI