PETALING JAYA – Watsons mengalu-alukan sambutan Tahun Baru dengan tema perayaan #HappyBeautifulYear serta mengeluarkan filem Tahun Baharu Cina bertajuk Watsons: The Grandest #HappyBeautifulYear 2022 yang membawakan kepada konsep perpaduan, kasih sayang dan keterujaan.
Pengarah Urusan Watsons Malaysia, Caryn Loh berkata, filem itu menonjolkan semangat perpaduan dan kerja berpasukan dalam kalangan ahli keluarga yang sedang membuat persiapan menyambut Tahun Baharu Cina serta menampilkan variasi seni mempertahankan diri yang berbeza.
Menurutnya, filem baharu itu dikeluarkan secara rasmi di saluran media sosial rasmi Watsons termasuk Facebook, YouTube, Instagram dan TikTok.
“Sebagai peruncit kesihatan dan kecantikan nombor satu di negara ini, sambutan perayaan kali ini kembali dengan lebih gah agar ia dapat diraikan oleh semua masyarakat,” katanya dalam kenyataan.
Loh menjelaskan, Watson kini membuat tawaran jualan sehingga 50 peratus bagi pembelian produk penjagaan kesihatan, penjagaan kulit, penjagaan diri, keperluan dan kosmetik yang boleh didapati di kedai dan juga dalam talian.
“Pelanggan juga boleh berjimat dengan Baucar Kesihatan & Kecantikan bernilai lebih RM168 serta ahli Watsons juga boleh memenangi hadiah bernilai sehingga RM2,888,888 juta yang terdiri daripada 80 produk Samsung dan banyak lagi,” jelasnya.