fbpx

Usul saham Azam Baki tidak dibincang- Speaker Dewan Rakyat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Usul berkaitan pemilikan saham Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki tidak akan dibincangkan pada mesyuarat khas Dewan Rakyat di sini hari ini.

Perkara itu diputuskan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun selepas menolak usul dibangkitkan Ahli Parlimen Pembangkang berkaitan pemilikan saham tersebut.

Menurut Azhar, usul pemilikan saham itu ditolak susulan Mesyuarat Khas Penggal Keempat Parlimen Ke-14 di Dewan Rakyat ditetapkan hari ini hanya memfokuskan kepada isu berkaitan isu banjir melanda negara baru-baru ini.

“Hari ini agendanya banjir, bukan berkenaan rasuah. Saya akui terima usul tersebut sehari lepas dan saya sudah menjawab bahawa sidang khas ini dipanggil Perdana Menteri (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) berdasarkan kuasa mutlak.

“Sehingga hari ini, saya tidak mempunyai apa-apa notis dari Perdana Menteri, maka saya anggap usul itu tidak akan dimasukkan dalam agenda hari ini,” katanya di Dewan Rakyat tadi.

Terdahulu, Ahli Parlimen Pulai, Datuk Seri Salahuddin Ayub memohon agar usul pemilikan saham Azam Baki dimasukkan dalam agenda terakhir sesi hari ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI