fbpx

Ugut bunuh bapa tiri, anak pengasas Dnars lepas tanpa bebas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Aqbar (baju biru) ketika hadir di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

KUALA LUMPUR – Anak lelaki pengasas produk kecantikan Dnars Skincare, Mohd. Aqbar Hakim Jasman dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menghantar ugutan hendak menyebabkan kematian ke atas bapa tirinya melalui aplikasi WhatsApp dua tahun lalu.

Majistret S. Mageswary memutuskan demikian selepas pihak pendakwaan memaklumkan kepada mahkamah bahawa Nurulain Syahirah Mat Hasmuni yang merupakan isteri bapa tiri tertuduh dan mangsa, Ahmad Shah Rizal Ibrahim tidak hadir ke mahkamah untuk memberi penjelasan hasrat mereka untuk tidak meneruskan kes walaupun telah diberikan sapina.

Timbalan Pendakwa Raya Najihah Farhana Che Awang berkata, pasangan suami isteri itu telah menerima sapina untuk memberi keterangan dalam perbicaraan kes itu, namun mereka tidak hadir di mahkamah hari ini tanpa memberi sebarang alasan.

“Perbicaraan kes itu sepatutnya bermula Disember tahun lepas, namun tertuduh ketika itu berada di luar negara dan tidak hadir pada prosiding yang ditetapkan. Saya mohon tarikh perbicaraan baharu dengan kehadiran saksi-saksi (mangsa dan pengadu) supaya kes ini boleh diselesaikan menerusi perbicaraan penuh,” katanya.

Bagaimanapun peguam Muhammad Nor Izzat Nordin yang mewakili Mohd. Aqbar berkata, pihaknya sudah bersedia untuk meneruskan prosiding yang ditetapkan hari ini.

“Saya percaya jika pengadu hadir hari ini, tujuannya untuk memberi penjelasan kenapa mahu bertindak sedemikian (tarik laporan polis). Kini, terpulang kepada mahkamah sama ada mahu meneruskan kes atau tidak,” katanya.

Selepas mendengar hujah daripada kedua-dua pihak majistret Mageswary memutuskan untuk tertuduh dilepas tanpa bebas.

“Mahkamah lepas tanpa bebas kamu (Mohd. Aqbar) dengan mengambil kira pengadu walaupun telah diserahkan dengan sapina, namun gagal hadir tanpa alasan yang kukuh.

“Sebab itu mahkamah DNAA ke atas kamu terlebih dahulu (lepas tanpa bebas). Namun terpulang kepada pihak pendakwaan selepas ini untuk meneruskan kes atau sebaliknya,” katanya yang turut memerintahkan wang jaminan RM4,000 dikembalikan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI