fbpx

Suami isteri beza usia 21 tahun dianggap bapa dan anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amy dan Johan mempunyai beza usia sebanyak 21 tahun. – TikTok

JAKARTA – Seorang wanita berusia 25 tahun mendedahkan bahawa dia dan suaminya sering disalah anggap sebagai anak dan bapa kerana mempunyai perbezaan usia sebanyak 21 tahun, lapor portal Wolipop kelmarin.

Berdasarkan satu klip video yang dikongsikan di TikTok, wanita dari Tangerang Selatan bernama Amy Auditha itu berkata, dia dan suaminya sering menjadi perhatian masyarakat sekeliling ketika mereka berjalan-jalan di pusat beli-belah.

“Setiap kali pergi ke pusat beli-belah, orang ramai akan memandang ke arah kami sambil memberikan pandangan aneh. Mereka terkejut apabila mengetahui bahawa kami bukanlah anak dan bapa, sebaliknya pasangan suami isteri,” tulisnya pada akaun TikTok bernama @amyaudithaa.

Menurut Amy, dia baru sahaja melangsungkan perkahwinan bersama Johan Algamar, 46, pada November tahun lepas.

“Memang setiap kali kami berjalan-jalan di pusat beli-belah atau restoran, pasti ada banyak mata yang memandang.

“Ada yang mukanya kelihatan bingung, seolah-olah menyoal adakah saya anak atau kekasih Johan. Bagaimanapun, kami tidak pernah mengambil hati mengenai hal itu,” ujarnya.

Menurut Amy, perkahwinannya dengan Johan turut mendapat restu kedua-dua pihak keluarga meskipun mereka mempunyai jarak usia yang banyak.

“Proses perkahwinan kami amat lancar. Lamaran dan pernikahan juga dilakukan atas restu keluarga yang banyak memberi dorongan,” katanya. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI