fbpx

Shuk dalam proses pujuk isteri?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHUK SAHAR dipercayai sedang ingin memujuk semula hati isterinya, Sera.

SEPERTI yang sudah diketahui umum, konflik rumah tangga pasangan Shuk Sahar dengan isterinya, Rossalennah atau Sera masih belum berakhir, bahkan semakin meruncing.

Puncanya masih serupa, iaitu kecurangan dan kehadiran orang ketiga sehingga menyebabkan mereka tidak lagi tinggal sebumbung sejak beberapa bulan lalu.

Namun, satu perkongsian isterinya baru-baru ini seperti memberi bayangan bahawa Shuk sedang memujuk untuk kembali ke pangkuannya.

Dalam perkongsian tersebut, Sera memuat naik tangkap layar mesej WhatsApp daripada seorang lelaki yang sedang memujuk seorang wanita.

Ramai berpendapat mesej tersebut daripada Shuk yang sedang memujuk untuk kembali ke pangkuan isterinya.

Antara mesej tersebut ada yang berbunyi: “Dalam tempoh ini kalau boleh janganlah buka hati awak untuk orang lain ya.”

Jika memang benar mesej tersebut daripada Shuk, harap diteruskanlah usaha memujuk. Janganlah separuh jalan sahaja.

MIZZ LAHAR: Pening dengan perangai artis zaman sekarang, ada yang pilih bulu, ada pula yang tak kenal bulu!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI