fbpx

Saya okey, teruskan kehidupan seperti biasa – Siti Saleha

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SITI SALEHA

PETALING JAYA – Selepas melalui episod perceraian dalam hidup, aktres terkenal Siti Saleha memohon diberikan ruang dan masa untuk proses pemulihan dirinya.

Dihujani dengan kata-kata semangat, pemilik nama lengkap Siti Saleha Mohd Baharum, 32, itu berterima kasih kepada semua yang tidak pernah berhenti memberi sokongan terutama selepas perceraiannya baru-baru ini.

“Terima kasih untuk semua kata-kata semangat dan doa yang dititipkan untuk saya terutama pada waktu mencabar ini. Saya sangat menghargainya.

“Walau apa pun, kita hanya mampu merancang dan akhirnya, Tuhan juga yang menentukan segala-galanya,” katanya dalam satu entri Instagram.

Dia yang terkenal menerusi drama 7 Hari Mencintaimu itu turut memohon diberikan masa untuk melalui sekali gus memulihkan dirinya daripada semua masalah yang berlaku.

“Saya berharap orang ramai dapat memberi saya ruang dan masa untuk menghadam semua perkara yang berlaku, Insya-Allah.

“Saya okey dan meneruskan kehidupan seperti biasa. Terima kasih untuk semua sokongan dan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi daripada anda semua,” katanya lagi.

Terdahulu, Kosmo! pada 17 Januari lalu melaporkan pelakon drama bersiri Black itu sah bercerai talak satu dengan suaminya Ahmad Lutfi Azhar dalam satu prosiding di Mahkamah Rendah Syariah Klang, Selangor.

Terdahulu, pada 13 Oktober tahun lalu, pelakon drama fenomena 7 Hari Mencintaiku itu memaklumkan sudah memfailkan perceraian terhadap Ahmad Lutfi, 36 selepas dibenarkan mahkamah.

Siti Saleha melangsungkan pernikahan pada 28 Julai 2017. Hasil perkahwinan mereka tidak dikurniakan cahaya mata. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI