fbpx

Ribut petir, hujan lebat di dua negeri petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat bagi negeri Sabah dan Sarawak petang ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan berkata, cuaca buruk tersebut dijangka berlaku sehingga pukul 7 malam.

“Di Sarawak, ia melibatkan kawasan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong (Betong), Sarikei (Pakan dan Julau), Sibu, Kapit (Song), Kapit dan Bukit Mabong) dan Bintulu (Tatau).

“Manakala bagi negeri Sabah membabitkan Pedalaman (Sipitang, Tenom, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat, Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat (Kota Marudu dan Pitas),” katanya.

Jelas MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI