PETALING JAYA – Gelagat seorang remaja memarahi jurulatih pasukan bola sepaknya dengan loghat utara berjaya mencuit hati orang ramai.
Menerusi sebuah klip video di laman sosial milik Syakir Anuar memaparkan seorang remaja ‘berleter ‘panjang mengenai sikap jurulatihnya yang tidak hadir ketika latihan.
“Bang nak cakap sikit, haritu bang cakap apa? Aku tak nampak muka hampa, siap hampa.
“Muka dia je tak nampak, banyak hari pula tu. Saya sekolah tak pasti pun boleh datang, dia tak boleh datang,” katanya.
Menurut remaja berkenaan, jurulatihnya itu sudah empat hari tidak hadirkan diri dan perkara itu tidak sepatutnya berlaku.
“Sudah tiga hingga empat hari tidak hadir, tikus konon. Biar anak murid tak hadir, jurulatih kena hadir,” ujarnya.
Perkongsian itu rata-rata membuatkan pengguna laman sosial terhibur serta memberikan pelbagai reaksi.
“Hari ini dalam sejarah, jurulatih kena bantai betul-betul, bernanah telinga kena,” kata Roslyrashid.
“Aku sorang sahaja ke yang gelak sampai menangis?” seloroh Capikpeah. -K!ONLINE