fbpx

Rakyat terus minta luluskan KWSP RM10,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Ruangan komen pada sesi Mesyuarat Khas Dewan Rakyat hari ini terus dibanjiri dengan permintaan rakyat yang meminta agar Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meluluskan sekali lagi pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Rata-rata rakyat dilihat meluahkan kesusahan mereka terutamanya yang menjadi mangsa banjir selain mengharapkan pengeluaran KWSP sebanyak RM10,000 sebagai ‘modal’ memulakan kehidupan baharu.

“Tolong benarkan KWSP RM10,000, kami perlukan kerana menjadi mangsa banjir, boleh jadi wang untuk mulakan kehidupan baharu,” jelas Mii Syariqah.

“Saya kena banjir, saya juga Covid-19, tolong benarkan pengeluaran RM10,000,” kata Wan Ismail.

“KWSP hak kami dan hak rakyat, hasil titik peluh kami, jangan buat tidak tahu,” ujar Ali Ismail.

Berdasarkan aturan urusan mesyuarat hari ini, hanya satu agenda ditetapkan iaitu berkaitan penerangan banjir, dengan sesi dimulai Ismail Sabri yang memberi penerangan mengenai situasi bencana banjir melanda negara baru-baru ini.

Kemudian, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad, yang mengetuai Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), akan memberikan penerangan mengenai pengurusan bencana banjir.

Ia seterusnya diikuti Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berhubung bantuan banjir. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI