fbpx

Raducanu tunjuk Stephens jalan keluar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RADUCANU terpaksa mengerah segala keringat untuk menumbangkan Stephens untuk melangkah ke pusingan kedua pada Terbuka Australia kelmarin. – AFP

MELBOURNE – Bintang tenis Britain, Emma Raducanu memastikan tempat ke pusingan kedua pada Terbuka Australia selepas menyingkirkan pemain Amerika Syarikat (AS), Sloane Stephens kelmarin.

Pada aksi pusingan pertama di Rod Laver Arena itu, Raducanu terpaksa berhempas pulas hampir dua jam sebelum menang 6-0, 2-6, 6-1 ke atas juara Terbuka Amerika Syarikat 2017 tersebut.

Raducanu yang merupakan juara Terbuka Amerika Syarikat 2021 berkata, dia berdepan tekanan cukup tinggi pada perlawanan itu, lebih-lebih lagi dalam aksi penentuan.

“Saya sangat gembira kerana dapat menampilkan permainan yang baik serta kurang melakukan kesilapan pada set pertama. Bagaimanapun, dia (Stephens) bangkit pada set berikutnya dan menyebabkan saya tertekan.

“Anda mungkin lihat saya menang mudah di set ketiga tetapi jujurnya, saya rasa sangat mencabar dan hanya fokus untuk pastikan bola masuk ke gelanggang lawan,” kata pemain berusia 20 tahun itu.

Raducanu juga memuji aksi yang ditampilkan Stephens kerana memberikan tentangan sengit kepadanya selain gembira kerana dapat menyajikan permainan berkualiti kepada penonton di stadium.

“Saya dan Sloane masing-ma­sing sudah berikan segala-galanya pada perlawanan hari ini (kelmarin). Walaupun ia baru pusingan pertama tetapi saya gembira kerana dapat menewaskan seorang juara sepertinya,” ujar Raducanu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI