fbpx

R3 lancar minyak pelincir premium

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Bahagian sukan permotoran (motorsport) Proton, R3, yang kini diletakkan dibawah naungan Proton Global Servicer telah melancarkan rangkaian minyak pelincir premium.

Ketua Pegawai Eksekutif, Proton Global Services, Lee Yeet Chuan berkata, pengenalan produk terbaharu itu adalah untuk membina semula hubungan dengan peminat dan meningkatkan reputasi jenama.

Menurut beliau, pelancaran itu menandakan hala tuju baru bagi R3 untuk membawa warisan dan produknya kepada orang ramai.

“Rangkaian minyak pelincir R3 ini dibangunkan bersama Petronas dan boleh didapati dalam formulasi sintetik sepenuhnya dan separa sintetik.

“Kedua-dua minyak tulen P1 dan P2 dirumus menggunakan minyak asas Etro 6+ terbaharu Petronas dan direka untuk melawan haba yang berlebihan bagi memastikan prestasi yang lebih baik untuk penjanaan enjin cas turbo suntikan langsung yang kini semakin popular,” katanya dalam satu kenyataan.

Yeet Chuan menerangkan, produk itu juga memenuhi tahap pensijilan tertinggi oleh Institut Petroleum Amerika (API) dengan penarafan SP dan SN Plus.

“Minyak pelincir ini akan dijual kepada orang ramai melalui rakan kongsi barangan premium kami di 20 lokasi di seluruh Malaysia.

“Kami akan lancarkan lebih banyak produk termasuk aksesori untuk pemilik kereta Proton pada masa hadapan dan berharap ini akan membantu kami membina semula hubungan dengan peminat R3,” tambahnya.

Minyak pelincir premium R3 berharga RM208 bagi formulasi sintetik sepenuhnya P1 dan semi sintetik P2 pada harga.

Sebagai harga pengenalan, produk tersebut dijual pada harga RM178 dan RM128 sehingga 30 April ini.

Turut dijual adalah baju kemeja-t dan topi baharu pada berharga antara RM49 hingga RM60.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI