fbpx

PM mahu semua pihak akur keputusan SC dalam kes Azam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri (tengah) menerima cenderahati daripada Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin pada Program Eksklusif bersama Perdana Menteri dan Majlis Pelancaran Jelajah Agrikomoditi #KeluargaMalaysia 2022 di Hotel Marriott, Putrajaya hari ini. - FOTO: FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meminta semua berlapang dada menerima keputusan Suruhanjaya Sekuriti (SC) berhubung kes Tan Sri Azam Baki.

Malahan, beliau meminta pembangkang turut akur dan bukannya terus mempolitikkan isu saham adik Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu.

“SC sudah pun buat keputusan dan sebagaimana kerajaan pernah kata sebelum ini, kita akan serahkan isu itu kepada penilaian pihak SC yang lebih arif dalam hal tersebut,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Eksklusif Bersama Perdana Menteri dan melancarkan Jelajah Agrikomoditi Keluarga Malaysia di sini hari ini.

Isu berkenaan tercetus apabila Azam dalam sidang akhbar di ibu pejabat SPRM mengakui adiknya sendiri menggunakan akaun nama beliau untuk pelaburan saham di Bursa Malaysia.

Susulan itu, SC pada 6 Januari lalu meminta Azam memberi penjelasan berhubung perkara tersebut kerana semua akaun sekuriti perlu dibuka atas nama pemilik manfaat itu sendiri.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 25 Akta Perindustrian Sekuriti (Depositori Pusat) 1991 yang menetapkan urus niaga di bursa hanya dibuat oleh pemilik manfaat atau penama dibenarkan.

Bagaimanapun, SC pada Isnin lalu mengesahkan tiada kesalahan dilakukan Azam namun keputusan itu menjadi tanda tanya seolah-olah ada tekanan pihak tertentu bagi menutup kes. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI