fbpx

Penjaga kedai dobi didakwa menipu kontraktor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Herisyam ketika hadir di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur di sini hari ini.

KUALA LUMPUR – Seorang penjaga kedai dobi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas empat pertuduhan menipu seorang kontraktor bagi mendapatkan projek penggantian saluran paip gas di Terengganu melibatkan penyerahan wang tunai berjumlah RM163,000.

Herisyam Abdul Wahid, 48, didakwa memperdaya Mohd. Hafidz Mohd. Ismail sehingga lelaki itu menyerahkan wang tunai di beberapa lokasi berbeza di sekitar ibu negara selama empat bulan berturut-turut bermula Mac 2018.

Bekas kontraktor itu didakwa menipu mangsa bahawa dia boleh membantu mendapatkan projek kejuruteraan, perolehan, kontraktor dan pembinaan (EPCC) untuk penggantian saluran paip gas di Terengganu dari Petronas Gas Berhad.

Perbuatan itu menyebabkan mangsa menyerahkan wang tunai RM8,000 di Restoran Q-Bistro di Jalan Dwitasik, Bandar Sri Permaisuri di sini pada Mac 2018.

Herisyam turut didakwa menipu mangsa berkaitan projek serupa sehingga mangsa menyerahkan wang tunai RM100,000 di tempat letak kereta tingkat B2, Pavillion pada April 2018.

Tertuduh juga berdepan tuduhan penyerahan wang RM40,000 bertempat di Presint 8, Putrajaya pada Mei 2018 manakala bagi tuduhan keempat melibatkan penyerahan wang tunai RM15,000 juga di Q-Bistro Bandar Sri Permaisuri pada Jun 2018.

Hakim Rozina Ayob membenarkan tertuduh diikat jamin RM12,000 dengan seorang penjamin dan memerintahkannya melapor diri ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia setiap bulan hingga kes selesai. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI