fbpx

Penggal kepala: Suspek dijangka didakwa minggu depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Di rumah inilah seorang ibu dipenggal kepala oleh anaknya yang merupakan penagih dadah.

KUALA SELANGOR – Suspek yang membunuh ibunya sendiri dengan cara memenggal kepala dalam kejadian di Kampung Baru Pasir Penambang sebelum ini dijangka akan didakwa minggu depan.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, pihaknya sudah melengkapkan siasatan dan akan merujuk kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya (TPR) untuk tindakan pendakwaan.

Katanya, polis sudah merekodkan keterangan ahli keluarga termasuk suami mangsa bagi membantu siasatan.

“Kertas siasatan kes itu sudah lengkap dan akan diserahkan kepada TPR bagi tindakan lanjut.

“Setakat ini, reman ke atas suspek lelaki berkenaan masih kekal sehingga Sabtu ini,”katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI