fbpx

Pelancongan dunia jangka pulih tahun 2024

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEKTOR pelancongan dunia dijangka pulih sepenuhnya menjelang tahun 2024. - Shuttershock

MADRID, Sepanyol – Pertubuhan Pelancongan Dunia (UNWTO) memberitahu jadual pelancongan dunia dijangka tidak akan kembali seperti sebelum ketibaan panemik Covid-19 sehingga tahun 2024.

Sebahagian besar situasi itu dipengaruhi oleh penularan varian Omicron yang dianggap bergejala ringan namun mengganggu fasa pemulihan awal 2022.

Menurut Barometer Pelancongan Dunia kendalian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang berpangkalan di Madrid,berlaku pertumbuhan sebanyak empat peratus pada tahun lalu berbanding 2020

Hasil pelancongan pada 2020 turun sehingga 72 peratus berbanding tahun sebelumnya selepas pintu sempadan dunia akibat Covid-19.

“Kadar pemulihan kekal perlahan dan tidak sekata di seluruh wilayah dunia disebabkan oleh pelbagai peringkat sekatan mobiliti, kadar vaksinasi dan keyakinan pengembara,” kata UNWTO dalam satu kenyataan akhbar.

Negara Eropah dan Amerika Syarikat (AS) mencatatkan ketibaan pelancong asing masing-masing melonjak sebanyak 19 peratus dan 17 peratus pada tahun lepas berbanding 2020.

Bagaimanapun, situasi di Timur Tengah menunjukkan ketibaan merosot sebanyak 24 peratus pada 2021 manakala di rantau Asia-Pasifik merudum 65 peratus di bawah paras 2020 dan 94 peratus turun pada tahap pra-pandemi.

Tambah kenyataan itu, pakar sektor pelancongan melihat prospek yang lebih baik untuk tahun ini selepas pergolakan pada bulan-bulan awal kerana gelombang Omicron.

UNWTO meramalkan peningkatan 30 hingga 78 peratus dalam ketibaan antarabangsa tahun ini berbanding 2021.

Kebanyakan pakar mengatakan mereka tidak meletakkan harapan bahawa situasi akan kembali ke tahap pra-pandemik sehingga sekurang-kurangnya 2024. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI