fbpx

MPay dianugerah projek Smart MBPP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – ManagePay Systems Berhad (MPay) melalui anak syarikat milik penuhnya, ManagePay Services Sdn. Bhd. (MPSB) telah dianugerahkan projek untuk menyediakan sistem pembayaran digital yang dikenali sebagai Smart MBPP oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP).

Menurut maklumannya kepada Bursa Malaysia, surat tawaran projek untuk tempoh lima tahun dan tambahan dua tahun lagi telah diterima syarikat pada 13 Januari lalu.

Smart MBPP terdiri daripada penyediaan  perkhidmatan platform perisian kepada MBPP untuk pembayaran tanpa tunai menggunakan jompay, internet, perbankan mudah alih, Visa dan Mastercard, e-dompet serta juga rangkaian pembayaran lain.

“Perkhidmatan tersebut juga akan berfungsi sebagai platform pusat sehenti pintar untuk menyokong semua kemudahan yang ditawarkan oleh pihak berkuasa tempatan itu di dalam aplikasi mudah alih serta laman web yang responsif.

“Kemudahan tersebut akan membolehkan pengguna dan juga peniaga di Pulau Pinang membuat tempahan kemudahan yang disediakan PBT tersebut, memohon lesen perniagaan, memperoleh kelulusan pembangunan projek dan juga  pembayaran taksiran,” jelasnya.

Pada pertengahan tahun lalu, Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr Azizan Osman menjadi pemegang saham utama MPay.

MPay adalah  penyedia pembayaran elektronik hujung ke hujung untuk  bank, institusi kewangan, peruncit dan pemegang kad yang beroperasi di negara.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI