PETALING JAYA – Tiada wanita di dunia ini yang tidak berasa takut dan gemuruh saat melahirkan anak.
Lebih-lebih lagi apabila terpaksa menanggung kesakitan atau kontraksi sebelum anak dilahirkan.
Melalui klip video berdurasi 43 saat di laman sosial @mamamokklu menunjukkan seorang wanita berkongsi sebuah komen oleh seorang pengguna media sosial yang diperli oleh jururawat ketika mengalami kontraksi.
Dikenali sebagai @wawann26, dia menceritakan pengalaman dirinya disindir dengan agak keterlaluan hingga menyentuh mengenai hubungan suami isteri.
“Pernah kena tegur masa kontraksi, dia cakap mengadanya, masa ‘buat’ tak sakit pula? Sambil tahan sakit, sambil menangis,” luahnya.
Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna laman sosial yang turut terkejut dengan sindiran berkenaan.
“Betul sis, saya baru lepas bersalin bulan Disember hari itu, ini kali pertama saya bersalin normal cuma saya trauma dengan jururawat di hospital itu,” luah Atiqah Othman.
“Ya Allah, kesiannya. Saya pun sama, tapi tak boleh nak cakap sebab tahan sakit. Lepas tu saya buat laporan dekat ibu pejabat hospital,” ujar Fiya. -K! ONLINE.