fbpx

Masalah keletihan jejas rentak Chelsea

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WEBSTER (kanan) berjaya mengecewakan Chelsea selepas meledak gol penyamaan dengan keputusan 1-1 pada aksi EPL di Stadium Amex awal pagi semalam. – AFP

BRIGHTON – Chelsea meneruskan aksi longlai dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila menampilkan prestasi tidak bermaya ketika diikat seri 1-1 oleh Brighton di Stadium Amex awal pagi semalam.

Situasi itu membimbangkan pengurus, Thomas Tuchel kerana The Blues hanya mencatat satu kemenangan dalam tujuh perlawanan terakhir.

Ia sekali gus memberikan kesukaran buat Chelsea untuk merebut kejuaraan EPL daripada pendahulu, Manchester City.

Bekas pengendali Paris Saint-Germain (PSG) itu mendedahkan, beliau dapat melihat tanda-tanda kepenatan daripada riak wajah para pemainnya sepanjang perlawanan tersebut.

“Anda semua boleh nampak kami sangat penat dari segi mental dan fizikal. Selain itu, Brighton pula lebih bersedia kerana bermain kurang permainan berbanding kami sebelum ini.

“Pemain-pemain saya perlukan rehat, jadi saya akan beri mereka cuti beberapa hari. Kami berada dalam situasi membimbangkan, oleh sebab itu saya tidak boleh terlalu tegas dengan mereka,” katanya.

Chelsea terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi pemain sayap, Hakim Ziyech sebelum pasukan tuan rumah bangkit menyamakan kedudukan hasil jaringan Adam Webster.

Walaupun Tuchel sebelum ini lantang mengkritik penye­rangnya, Romelu Lukaku kerana dianggap agak malas, namun beliau tetap menurunkan bintang Belgium itu dalam kesebelasan utama. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI