fbpx

Malaysia raih 14 anugerah standard pelancongan ASEAN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WAKIL pelbagai organisasi dari Malaysia yang meraih anugerah dalam empat kategori pada Forum Pelancongan ASEAN di Preah Sihanoukville, Kemboja semalam. – Gambar ihsan MOTAC

PUTRAJAYA – Sejumlah 14 organisasi awam dan swasta dari negara ini diumumkan menerima anugerah dalam empat kategori standard tertinggi Anugerah Pelancongan ASEAN 2022.

Menurut kenyataan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, terdapat sebanyak lapan kategori yang dikelolakan oleh Pertubuhan Pelancongan Kebangsaan ASEAN pada kali ini.

“Ia disampaikan sebagai antara sebahagian daripada program dalam Forum Pelancongan ASEAN 2022 di Preah Sihanoukville, Kemboja semalam,” kata kementerian itu di sini hari ini.

Acara tahunan tersebut berlangsung sejak Ahad lalu sehingga Sabtu ini dianjurkan bersama Sekretariat ASEAN berpusat di Jakarta, Indonesia dan Kementerian Pelancongan Kemboja.

Forum berkenaan mula diadakan pada 1981 lalu dengan setiap 10 negara anggota badan serantau tersebut akan dipilih menjadi tuan rumah penganjurannya secara mengikut giliran.

Untuk kali ini, Malaysia diwakili sendiri oleh Ketua Setiausaha kementerian berkenaan, Datuk Dr. Noor Zari Hamat yang turut terlibat aktif dalam pelbagai sesi perbincangan dan libat urus.

“Pemenang semua anugerah diiktiraf telah mencapai standard kualiti tertinggi diseragamkan semua negara anggota ASEAN termasuk perkhidmatan yang cemerlang,” katanya.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI