fbpx

Kena saman? Saya tidak tahu apa-apa – Nabila Huda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NABILA HUDA

PETALING JAYA – “Maaf saya enggan ulas apa-apa kenyataan sebab saya sendiri tidak tahu disaman.”

Itu respons selebriti berstail Nabil Huda tentang isu saman melibatkan dirinya oleh seorang wanita yang juga bergelar aktivis kemasyarakatan.

Nabila atau mesra disapa Abil ketika dihubungi Kosmo! Online enggan memberikan sebarangan kenyataan tentang dirinya disaman kerana isu tersebut menimbulkan persoalan kepadanya.

“Saya sebenarnya enggan komen apa-apa sebab tidak tahu pun saya dikenakan tindakan undang-undang.

“Apa yang menjadi persoalan bagaimana pihak lain boleh tahu saya disaman sedangkan empunya diri yang disaman ini tidak tahu apa-apa,” katanya.

Pelakon filem Munafik itu hanya mengetahui tentang isu tersebut daripada pengikutnya ketika membuat sesi siaran langsung dalam Instagram (IGLive).

Pada masa sama, Nabila ketika ini juga sedang sibuk menjalani latihan mempersiapkan diri untuk menjalani penggambaran filem Telaga Suriram arahan oleh Osman Ali.

“Maaf, kalau ada sebarang perkembangan baharu, saya akan kongsikan nanti. Buat masa sekarang saya sibuk dengan sesi latihan filem Telaga Suriram,” katanya yang bakal membawakan watak sebagai Maimon iaitu seorang wanita bisu.

Terdahulu, sebuah portal hiburan memuat naik sebuah artikel mengenai anak kepada penyanyi legenda Amy Search bakal berdepan dengan tindakan undang-undang selepas didakwa mengeluarkan kenyataan menjatuhkan imej seorang aktivis wanita dalam media sosial.

Aktivis tersebut mendakwa Nabila telah sengaja menyalahgunakan kemudahan aplikasi Instagram dan Twitter sehingga menimbulkan fitnah dan salah faham terhadap dirinya.

Isu timbul selepas Nabila memuat naik kenyataan dengan mendakwa wanita berkenaan telah mengambil bantuan yang diletakkan di pusat pemindahan sementara mangsa banjir di Sungai Lui, Hulu Langat semasa kejadian banjir baru-baru ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI