fbpx

Isteri ceraikan suami sehari selepas kahwin kerana jenaka kek

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Satu-satunya permintaan wanita itu pada suaminya adalah untuk tidak menekap kek perkahwinan ke mukanya. - Google

BANDAR RAYA NEW YORK – Seorang wanita di Amerika Syarikat (AS) mendedahkan mahu bercerai sehari selepas berkahwin kerana berang dengan tindakan suami menekap kek ke mukanya  semasa majlis resepsi mereka, lapor akhbar Daily Mail  semalam.

Menurut wanita itu, dia tidak boleh memaafkan perbuatan lelaki itu yang tidak mengendahkan satu-satunya permintaannya  agar tidak melakukan lawak menekap kek ke mukanya.

“Saya tidak meminta banyak daripada suami saya kecuali jangan tekap muka saya dengan kek perkahwinan. Dia memilih untuk tidak menghormati permintaan itu.

“Sebaik sahaja dia melakukan perkara itu, saya terus tegaskan kepadanya bahawa perkahwinan ini sudah berkakhir,” kata wanita tersebut.

Luahan hati pengantin baharu itu dibuat menerusi kolum mingguan sebuah majalah popular di New York.

Wanita itu juga meminta pandangan netizen sama ada sama ada dia bertindak keterlaluan kerana mahu menceraikan suaminya akibat trauma  selepas kek ditekap ke mukanya di khalayak ramai.

Pengguna media sosial rata-rata memberi sokongan bahawa dia membuat keputusan tepat kerana tindakan suaminya adalah petanda wanita itu tidak dihormati dalam hubungan rumah tangga tersebut. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI