JAKARTA – Ahli keluarga pemilik makam yang dinamakan sempena karakter kartun Malaysia, Upin Ipin tampil memaklumkan bahawa kedua-dua arwah tiada kena mengena dengan siri tersebut, lapor Suara.com, semalam.
Limiyadin yang merupakan ibu saudara kanak-kanak tersebut berkata, keluarganya menamakan semula makam itu sekitar tahun 2000 selepas selesai kerja baik pulih.
Dua kanak-kanak itu bukanlah kembar seperti yang dilaporkan sebaliknya abang dan adik yang meninggal dunia ketika kecil akibat penyakit misteri.
“Mereka meninggal ketika usia belum mencapai setahun kerana penyakit misteri. Semasa kami sekeluarga membaik pulih tapak kubur pada 2000, ibu bapa anak-anak ini sengaja menamakannya Upin Ipin.
“Mereka mendapat inspirasi daripada karakter Upin Ipin dari Malaysia yang sangat popular di Indonesia,” jelas Limiyadin. –
Minggu lalu, media sosial digemparkan dengan penemuan dua makam kecil yang bertanda nama Upin Ipin yang terletak di Palu, Sulawesi Tengah. – Agensi