fbpx

Geng Tok Dan aktif pecah rumah, kedai tumpas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shamsudin (kiri) menunjukkan sebahagian barang kes yang dirampas selepas menahan sembilan suspek kes pecah rumah dan premis perniagaan di IPD Baling hari ini.

BALING – Polis menumpaskan kumpulan penjenayah yang aktif melakukan jenayah pecah rumah dan premis perniagaan dikenali Geng Tok Dan selepas menahan sembilan suspek dalam serbuan selama empat hari bermula Jumaat lalu.

Kesemua suspek lelaki berusia antara 19 hingga 35 tahun itu ditahan dalam operasi khas Ops Pintu di kawasan kampung sekitar Kupang dan berhampiran pekan Baling di sini.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shamsudin Mamat memberitahu, suspek yang ditahan disyaki mempunyai peranan masing-masing iaitu melakukan pecah rumah, menyimpan barang curi selain ada yang menjual dan membelinya.

“Suspek dipercayai menggunakan kenderaan sendiri dan akan menukar nombor pendaftaran lain ketika melakukan jenayah tersebut.

“Mereka kemudian akan menukarkannya semula ke nombor asal setelah selesai melakukan pecah rumah atau kedai,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Baling di sini hari ini.

Kata beliau, dalam operasi itu, polis merampas dua buah kereta jenis Perodua Viva, sebuah kereta Proton Waja, sebuah motosikal jenis Modenas Kriss, beberapa jam tangan dan telefon bimbit.

Menurut Shamsudin, pihaknya percaya dapat menyelesaikan 10 kes pecah rumah dan premis perniagaan susulan penahanan sembilan suspek terbabit. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI