fbpx

Enam amaran cuaca MetMalaysia tidak diendahkan – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Enam kali amaran Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) berhubung cuaca signifikan yang boleh menyebabkan hujan lebat berterusan tidak diendahkan oleh sesetengah pihak terlibat dalam pengurusan bencana.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sikap tidak mengendahkan amaran MetMalaysia itu terjadi kerana wujudnya andaian hanya negeri-negeri di Pantai Timur Semenanjung akan terjejas akibat banjir dibawa oleh hujan lebat berterusan akibat luruan monsun.

“Persediaan bagi menghadapi musim tengkujuh juga lebih banyak tertumpu kepada negeri-negeri di Pantai Timur dan banjir luar biasa di Selangor yang berlaku ini adalah di luar jangkaan banyak pihak.

“Banjir di negeri Selangor yang bermula pada hari 18 Disember 2021 berlaku akibat daripada jumlah purata taburan hujan luar biasa iaitu 380 milimeter pada hari tersebut yang menyamai jumlah purata taburan hujan bagi tempoh sebulan,” katanya di Dewan Rakyat tadi.

Menurutnya, kejadian air pasang turut menyebabkan banjir di negeri itu bertambah buruk.

“Berikutan keadaan banjir luar biasa yang tidak disangka itu, situasi kelam kabut berlaku pada hari pertama pengurusan banjir di Selangor mengakibatkan pasukan penyelamat menghadapi kesukaran menjalankan operasi kerana berlakunya kompleksiti banjir bandar (urban flooding).

“Malah pengurusan banjir di Selangor masih tidak menunjukkan perubahan yang ketara pada hari kedua dan ketiga sehingga menyebabkan ketidakpuasan hati mangsa-mangsa berikutan kelewatan operasi menyelamat dan penghantaran bantuan,” jelasnya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI