fbpx

Bot bawa PATI rempuh bot TLDM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PATI yang ditahan TLDM.

LUMUT – Sebuah bot membawa pendatang asing tanpa izin (PATI) nekad merempuh bot Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sebelum terbalik menyebabkan kesemua PATI terhumban ke dalam laut di perairan Johor Selatan, awal pagi tadi.

Bot itu dinaiki 27 PATI dari Indonesia memasuki negara ini pada mulanya bertindak memecut laju dan berpatah balik untuk keluar dari perairan negara sebaik menyedari kehadiran bot tempur laju (FCB) TLDM.

Kejadian bermula pada pukul 2.51 pagi apabila Sistem Pengawasan Maritim Laut Malaysia (SWASLA) telah mengesan sebuah bot berkelajuan tinggi bergerak di selatan perairan Tanjung Penyusop, Johor.

“Hasil tindakan pantas krew FCB 1123 telah berjaya menyelamatkan sejumlah 21 mangsa dipercayai PATI terdiri daripada sembilan lelaki serta 12 wanita berusia antara 20an hingga 40an.

“Dua daripadanya berada dalam keadaan tidak sedarkan diri,” jelas kenyataan itu.

Kesemua 21 PATI yang diselamatkan telah dibawa ke Jeti Pos Maritim Pengerang dan seterusnya telah diserahkan kepada Tim Ops Merpati 1 Tentera Darat Malaysia dan polis di Markas Taktikal Pos Tanjung Sepang untuk ujian saringan Covid-19.

Siasatan lanjut ke atas mangsa yang diselamatkan mengesahkan bot dinaiki membawa seramai 27 individu dipercayai PATI semasa kejadian.

“Operasi mencari dan menyelamat telah diaktifkan sejurus kejadian bagi mengesan baki enam lagi PATI yang masih hilang.

“Usaha carilamat dikoordinasikan oleh Agensi Penguatkuasaaan Maritim Malaysia (APMM) dengan penglibatan aset TLDM iaitu FCB 1124, RHIB Santi dan RHIB Cerdik di lokasi,” jelas kenyataan itu.

Hasil pencarian telah menemukan tiga mangsa wanita di lokasi berhampiran manakala carilamat baki tiga mangsa masih diteruskan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI