fbpx

40 tahun jadi hamba dikurung dalam bangsal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan bangsal yang menjadi lokasi tempat tinggal mangsa selama 40 tahun lepas. - NCA

LONDON – Seorang lelaki yang diperhambakan selama 40 tahun oleh bapa dan anaknya  berjaya diselamatkan pihak berkuasa Britain, lapor akhbar Mirror UK semalam.

Sepanjang hidupnya, mangsa yang bekerja di ladang suspek ‘dikurung’ di dalam sebuah bangsal kecil tanpa tingkap dan kemudahan bilik air.

Menurut mangsa yang dirahsiakan identitinya, dia juga disuruh melakukan kerja-kerja seperti membaiki bumbung, menurap jalan dan mengecat rumah dengan bayaran cuma £10 (RM57) sehari.

Ketika polis menyerbu bangsal tersebut, mangsa berada dalam keadaan menyedihkan dengan pihak berkuasa menggambarkan rumah anjing milik suspek adalah lebih cantik berbanding tempat tinggal lelaki itu.

Mangsa (kepala dikaburkan) diselamatkan oleh pihak berkuasa selepas 40 tahun menjadi hamba sebuah keluarga. – NCA

Dia juga kelihatan  takut-takut apabila diminta mengikut polis ke balai untuk membantu siasatan lanjut.

“Tolong jangan biarkan saya melalui pengalaman dihambakan sekali lagi,” rayunya sebelum dijelaskan oleh pihak polis tentang situasi sebenar,

Peter Swailes mengaku salah atas jenayah penghambaan moden dan kini sedang menunggu tarikh perbicaraan. – NCA

Suspek, Peter Swailes mengaku salah atas tuduhan di bawah Akta Perhambaan Moden 2015 ke atas mangsa dan kini menunggu tarikh perbicaraan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI