fbpx

39 hari lagi mahu berkahwin, namun ajal tiba dahulu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video yang dimuatnaik wanita berkenaan.

PETALING JAYA – Seorang lelaki meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya selepas berjumpa bakal isteri dan bakal ibu mertua untuk mencuba cincin nikah yang dibelinya.

Berdasarkan sebuah video berdurasi 29 saat yang dikongsikan di laman sosial Instagram, @_aschaqy, berkata lagi 31 hari hendak membina masjid namun tidak kesampaian walaupun semua persiapan kahwin sudah tersedia.

“Awak datang rumah saya nak jumpa ummi sebab nak cuba cincin kahwin kita, tapi bila dah selesai semua awak balik untuk selamanya.

“Awak juga sudah tepati janji awak untuk sayang saya sampai tutup usia awak. Badan terasa lemah, mulut terkunci dan dunia seakap gelap sekejap,” kata Ashca.

Susulan perkongsian itu, rata-rata orang ramai turut berasa sedih atas kepergian lelaki tersebut.

“Moga Allah swt tempatkan roh beliau dikalangan orang-orang beriman, Aamiin. Jodoh ajal maut digengaman Allah swt bersabarlah sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar,” ujar @i.emal.

“Kekal kuat yer Asha. Sabar dengan ujian yang Allah bagi. Setiap yang hidup pasti akan mati. Moga Allah tempatkan arwah dikalangan orang-orang yang tidak rugi,” jelas @sufri_jamaluddin.

“Semoga kuat kerana itulah yang terbaik buat arwah, Allah adalah sebaik baik penentu,” kata @m.hxmizxn_.

Sehingga kini perkongsian tersebut meraih 2.9 juta tontonan dan lebih 70,000 ribu tanda suka di laman sosial Instagram – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI