fbpx

3 lagi kluster baharu libatkan pelajar SMK tercetus di Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KOTA BHARU – Kelantan mencatatkan tiga lagi kluster jangkitan Covid-19 dalam kalangan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) di dua daerah di negeri ini.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK), Datuk Dr. Zaini Hussin berkata, pertambahan tiga kluster itu menjadikan Kelantan kini mencatatkan empat kluster melibatkan pelajar SMK.

Menurutnya, tiga kluster terbaharu itu melibatkan dua buah sekolah menengah di Kota Bharu iaitu Kluster Pulau Melaka dan Padang Raja manakala satu lagi Kluster Jalan Bandar Chiku di Gua Musang.

“Kluster Pulau Melaka mencatatkan sebanyak 11 kes, Kluster Padang Raja pula sembilan kes manakala Kluster Jalan Bandar Chiku dengan lapan kes.

“Bagi Kluster Embi Telipot melibatkan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Naim Lilbanat, Jalan Telipot yang terlebih dahulu dilaporkan tercetus di negeri ini telah mencatatkan sebanyak 106 kes kumulatif,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Menurut Zaini, sehubungan dengan itu, keempat-empat kluster itu kini mencatatkan jumlah sebanyak 134 kes.

Ujarnya, setakat ini, kesemua kluster pendidikan di Kelantan hanya berlaku di SMK sahaja dan tiada lagi kes membabitkan murid sekolah rendah dilaporkan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI